Lights Of Heaven - AppStarting

Selasa, 27 Disember 2011

PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MEMBATALKAN IMAN

PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MEMBATALKAN IMAN
·         SYIRIK
·         MAKSUD : menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan af'alnya
·         JENIS-JENIS SYIRIK :
1.         Syirik Jali
-    Maksud :
§         perlakuan syirik secara terang-terangan
-    Contoh :
§         menyembah patung dan berhala
§         menyembah bulan atau matahari
§         mengaku nabi Isa sebagai anak tuhan
-    Akibat :
§         rosak akidah, berdosa besar, mendapat azab di akhirat
 
2.         Syirik Khafi 
-    Maksud :
§         tidak meletakkan Allah sebagai yang mutlak dalam niat terutama dalam ibadat
-    Contoh :
§         riak (menunjuk-nunjuk kehebatan diri),
§         ujub (mengagumi diri sendiri),
§         takbur (membangga diri)
-    Akibat       :
§         dibenci masyarakat, hilang kawan dan sahabat
§         sukar menerima pandangan orang lain
 
3.       Perbuatan mensyirikkan Allah haram kerana :
·         Ia membatalkan iman seseorang
·         Orang yang mengamalkan perbuatan itu dengan sendirinya menafikan kekuasaan Allah
·         Masyarakat menjadi bimbang dan seterusnya terikut-ikut terhadap pantang larang kesan dari kepercayaan syirik
·         Mencemarkan kesucian agama Islam
 
4.       Cara mengelak perbuatan syirik
·         Masyarakat Islam hendaklah didedahkan dengan ajaran Islam secara meluas
·         Tanamkan keyakinan yang teguh terhadap kekuasaan Allah bermula dari kanak-kanak lagi
·         Masyarakat Islam hendaklah didedahkan dengan pengetahuan bahaya syirik
 
5.       Kesan syirik
·         Membatalkan iman
·         Hilang keyakinan terhadap kekuasaan Allah
·         Dimurkai Allah

Tiada ulasan: