Lights Of Heaven - AppStarting

Selasa, 27 Disember 2011

SIHIR

      SIHIR
·         MAKSUD
-            ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib, iaitu dengan bantuan syaitan atau jin bertujuan memudharatkan atau mengelirukan manusia

·         CONTOH
-           menggunakan jin atau syaitan melalui santau / guna-guna
-           mengamalkan perubatan dengan mendekatkan diri kepada jin disertai dengan penyembelihan haiwan
-           pertunjukan silap mata yang menggunakan kuasa makhluk-makhluk halus

·         PUNCA BERLAKUNYA PERBUATAN SIHIR
-           perasaan dendam seseorang terhadap orang lain
-           iri hati dengan kelebihan atau kedudukan seseorang
-           ada perasaan benci terhadap seseorang

·         CARA MENANGANI PERBUATAN SIHIR
-           mengambil tindakan tegas terhadap orang yang melakukan perbuatan sihir
-           menerapkan ajaran islam secara menyeluruh dan mendalam kepada masyarakat
-           tidak memberi sokongan atau kerjasama dengan orang yang melakukan perbuatan tersebut

·         AKIBAT BURUK JIKA MENGAMALKAN SIHIR
-            merosakkan akidah dan membatalkan iman
-            memecah-belahkan masyarakat dan menimbulkan fitnah
-            hilang pergantungan kepada Allah kerana mendapat bantuan syaitan

·         HIKMAH ISLAM MENGHARAMKAN SIHIR
-           supaya akidah seseorang tetap terpelihara
-           supaya orang Islam dapat hidup dlam keadaan yang aman dan sejahtera
-           supaya persengketaan dan permusuhan dapat terhindar

·         CARA MENGELAKKAN DIRI DARIPADA TERKENA SIHIR
-           membaca ayat-ayat kursi setiap kali selesai solat
-           membaca surah al-Ikhlas dan sebagainya
-           banyak berlindung dengan kalimah-kalimah Allah

Tiada ulasan: